SOLAT MENDIDIK BUDAYA KERJA CEMERLANG




ALLAH telah mendidik kita untuk menjadi insan yang cemerlang melalui solat. Sedar atau tidak, terdapat banyak nilai – nilai murni yang wujud dalam solat. Antara nilai – nilai tersebut ialah jujur, menepati masa, kerjasama dan patuh kepada iman (pemimpin). Jadi bagaimana solat boleh mendidik kita menjadi pekerja yang cemerlang. Apabila kita melakukan solat, tiada siapa yang tahu cukup atau tidak rakaat solat itu, (sekiranya solat bersendirian). Namun kita tetap melaksanakan solat itu mengikut rakaat yang telah di tetapkan kerana menyedari bahawa Allah sentiasa melihat kita dan tahu apa yang kita kerjakan. Oleh yang demikian, solat melatih kita untuk berlaku jujur dalam tingkah laku kita. Bos, pengarah, penyelia, atau apa sahaja panggilan , mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang kita lakukan di hadapan komputer, kerjakah yang kita melaksanakan atau pun tengah asyik berchatting.

Solat lima waktu sehari semalam telah ditetapkan waktunya. Tidak sah solat tersebut sekiranya dilakukan pada masa lain (kecuali jamak dan qosar). Disini Allah melatih kita untuk menjadi insan yang menepati masa. Justeru, jika seseorang itu betul – betul menghayati amalan solatnya sudah pastilah tidak timbul masalah – masalah seperti datang lambat ke pejabat, lunch melebihi masa ditetapkan dan sebagainya.

Dalam kita menunaikan solat berjemaah, perlu bagi kita untuk membuat saf yang lurus dan kemas. Mana mungkin saf yang lurus ini dapat terbentuk tanpa kerjasama antara para jamaah. Begitu juga ketika di pejabat, mana mungkin sesuatu tugasan atau kerja dapat dilaksanakan dengan baik tanpa kerjasama antara rakan – rakan sepejabat. Perlu dibuang rasa ego dan pentingkan diri sendiri.

Kita disuruh untuk tidak melebihi iman sewaktu solat berjamaah dari segi bacaan dan juga pergerakan. Allah menerapkan nilai ketaatan kepada pemimpin dalam amalan solat. Berkerja tanpa menurut arahan ketua akan menyebabkan pekerjaan kita menjadi tidak tersusun seterusnya memberi impak negatif kepada syarikat secara keseluruhannya...


No comments:

Post a Comment