bahaya fahaman asabiyyah

|0 comments


Apabila ditanya Nabi SAW :

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم

Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Apakah termasuk dalam `asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya?. Jawab baginda: Tidak! Tetapi `asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dengan sanad yang sahih. Hadith ini dengan lafaz Ahmad)

kuasa allah

|0 comments

SYAIR KESEDARAN

|0 comments









Wahai pemuda serta pemudi
Jangan leka berhias diri
Kepada Allah jangan Berhenti
Dosa maksiat jangan kita campuri
Ingat kita kepada tuhan
Amal ibadat kumpul – kumpulkan
Bila tiba insafnya diri
Tinggal semua yang kita cintai
Tua, muda, miskin dan kaya
Dalam kubur tempatnya dia
bila tiba ajalnya mati
Air mata mengalir ke pipi
Bila tiba ke liang lahad
Sedekah, puasa, sembahyang dan zakat
Harapan bangsa tiang negeri
Amal ibadat segera dicari
Menjunjung titah berbuat bakti
Terbakar kulit dijilat api
Jangan leka minum dan makan
Dosa maksiat jauh – jauhkan
Kain putih pembalut badan
Berbakti hidup sepanjang zaman
Habis sudah meninggal dunia
Sakit dan senang kembali amalnya
Tinggal anak, saudara dan saudari
Tidak boleh minta kembali
Baru nak ingat buat ibadat
Tapi semuanya sudah terlambat…



“RENUNG- RENUNGKAN..”

AMANAT

|0 comments




PERTAMA: Kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali sehari :-
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membawa Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu ,bawalah amal yang soleh yang menjadi kehamparan.
4. Aku rumah yang berbisa ,maka bawalah amalan “Bismillah” sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan nakir maka banyakkan bacaan ‘Laa ila hailallah ,Muhammad Rasulullah supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


KEDUA: Lima jenis racun dan lima penawarnya.
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, manakala zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itulah ubatnya.

KETIGA: Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Ada 4 di pandang sebagai ibu” iaitu:
1. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan.
2. Ibu dari segala Adab adalah sedikit berbicara.
3. Ibu dari segala ibadat adalah takutkan dosa.
4. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar.

KEEMPAT: Orang yang tidak melakukan solat:- Adapun pendapat mengatakan meninggalkan solat adalah kafir tetapi sesetengah meninggalkan solat kerana malas tatapi tidak ingkar ke atas kewajipan bersolat lima waktu ,hukumnya berdosa besar ,walau bagaimanapun kedua – duanya ke neraka lah tempat tinggalnya.
Dalam pada itu didunia pula mereka yang meninggalkan solat lima waktu akan menerima kerugian di dunia iaitu:-
1. Waktu subuh – Dijauhkan cahaya muka yang berseri.
2. Waktu zohor – Tidak diberikan barokah dalam rezekinya.
3. Waktu asar – Dijauhkan daripada kesihatan / kekuatan.
4. Waktu maghrib – Tidak diberikan santunan oleh anak – anaknya.
5. Waktu isyak – Dijauhkan kedamainan dalam tidurnya

SOLAT MENDIDIK BUDAYA KERJA CEMERLANG

|0 comments



ALLAH telah mendidik kita untuk menjadi insan yang cemerlang melalui solat. Sedar atau tidak, terdapat banyak nilai – nilai murni yang wujud dalam solat. Antara nilai – nilai tersebut ialah jujur, menepati masa, kerjasama dan patuh kepada iman (pemimpin). Jadi bagaimana solat boleh mendidik kita menjadi pekerja yang cemerlang. Apabila kita melakukan solat, tiada siapa yang tahu cukup atau tidak rakaat solat itu, (sekiranya solat bersendirian). Namun kita tetap melaksanakan solat itu mengikut rakaat yang telah di tetapkan kerana menyedari bahawa Allah sentiasa melihat kita dan tahu apa yang kita kerjakan. Oleh yang demikian, solat melatih kita untuk berlaku jujur dalam tingkah laku kita. Bos, pengarah, penyelia, atau apa sahaja panggilan , mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang kita lakukan di hadapan komputer, kerjakah yang kita melaksanakan atau pun tengah asyik berchatting.

Solat lima waktu sehari semalam telah ditetapkan waktunya. Tidak sah solat tersebut sekiranya dilakukan pada masa lain (kecuali jamak dan qosar). Disini Allah melatih kita untuk menjadi insan yang menepati masa. Justeru, jika seseorang itu betul – betul menghayati amalan solatnya sudah pastilah tidak timbul masalah – masalah seperti datang lambat ke pejabat, lunch melebihi masa ditetapkan dan sebagainya.

Dalam kita menunaikan solat berjemaah, perlu bagi kita untuk membuat saf yang lurus dan kemas. Mana mungkin saf yang lurus ini dapat terbentuk tanpa kerjasama antara para jamaah. Begitu juga ketika di pejabat, mana mungkin sesuatu tugasan atau kerja dapat dilaksanakan dengan baik tanpa kerjasama antara rakan – rakan sepejabat. Perlu dibuang rasa ego dan pentingkan diri sendiri.

Kita disuruh untuk tidak melebihi iman sewaktu solat berjamaah dari segi bacaan dan juga pergerakan. Allah menerapkan nilai ketaatan kepada pemimpin dalam amalan solat. Berkerja tanpa menurut arahan ketua akan menyebabkan pekerjaan kita menjadi tidak tersusun seterusnya memberi impak negatif kepada syarikat secara keseluruhannya...


Kata-kata hikmat

|0 comments


"1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

|0 comments
* Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

* Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

* Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

* Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

* Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

* Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu